Thursday 1 November 2012

Pendidikan Khas??

"Pendidikan Khas??? apa tu??? ooo... yang ajar budak-budak cacat tu erk?? Sanggup ke nak lap air liur budak-budak?eeeiii..geli la.. " itulah ayat pertama yang keluar dari mulut seseorang apabila saya membuat pilihan untuk menjadi bakal guru dalam bidang pendidikan khas. macam pelik je. kenapa orang pandang serong dekat pendidikan khas? satu je saya fikir. mungkin mereka tidak ada lagi ahli keluarga dari golongan OKU.
Jadi, sebagai bakal seorang guru pendidikan khas ( InsyaAllah), saya akan tulis sikit tentang apa sebenarnya pendidikan khas. mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pendidikan khas. mungkin juga ada yang hanya mengetahui sedikit sahaja tentang pendidikan khas.. 
pendidikan khas ialah satu program pengajaran yang direka berpandukan kepada ciri-ciri individu berpendidikan khas.Pendidikan Khas juga menyediakan peluang pembelajaran yang tidak terdapat dalam kurikulum biasa atau di sekolah biasa. Pendidikan Khas merupakan satu program yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal, dan emosi serta sosialnya yang mengalami perkembangan dan pertumbuhan yang tidak normal. 

siapa pula kanak-kanak khas? kanak-kanak khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak tipikal dari sudut perkembangan mental, keupayaan deria, perkembangan fizikal, tingkah laku sosial-emosi, kelemahan dalam motor halus dan kasar dan pelbagai lagi. 

setakat ini sahaja saya dapat berkongsi. nanti saya sambung ye... :)

No comments:

Post a Comment