Wednesday 14 November 2012

jenis-jenis kepekakan

terdapat sebanyak 3 jenis kepekakan iaitu :

  1. pekak konduktif
  2. pekak sensorineural
  3. pekak campur
Pekak konduktif

pekak konduktif ialah pekak di tahap ringan. jenis pekak ini melibatkan gangguan, halangan atau kerosakan di bahagian telinga luar dan telinga tengah. masalah pendengaran ini sering kali berlaku selepas kelahiran ( semasa dewasa).

antara punca pekak konduktif ialah :

  • halangan didalam saluran telinga luar
    -tahi telinga terlalu banyak(excessive wax)
    -sekatan benda asing(foreign bodies)
  • kemalangan
    -tekanan yang terlalu kuat (bunyi letupan)
    -jolokan benda keras/tajam ke gegendang
  • jangkitan
    -otitis externa
    :berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria
    :biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap dalam salur telinga

    -otitis media
    :salur eustachian tersumbat disebabkan oleh demam selsema, campak (measles), tonsilitis, jangkitan di hidung dan tekak

    -otosklerosis
    :ketumbuhan tetulang halus pada stapes
    :kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya ketumbuhan tulang disekeliling
Tanda-tanda :
  • kehilangan pendengaran ringan dan sederhana
  • boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan
  • mendengar suara sendiri dan orang lain melalui tulang (bone coduction)
  • menguatkan suara atau bunyi yang hendak didengar


Pekak Sensorineural (pekak saraf) :

pekak sensorineural berlaku apabila kerosakan berlaku di telinga dalam dan saraf pendengaran. Istilah sensorineural merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.

punca-punca :
  • semasa dalam kandungan :
    -rubella/ German measles kepada ibu yang mengandung pada 3bulan pertama
    -herpes simplex(penyakit kelamin), gonorrhea(penyakit kelamin perempuan),syphilis(penyakit kelamin lelaki)
    -pengambilan dadah
  • semasa kelahiran :
    -kurang berat badan
    -anoxia(kekurangan oksigen)
    -jaundice(demam kuning)
  • selepas kelahiran :
    -kemalangan teruk
    -meningitis
    -bunyi bising yang sangat kuat dan berterusan
    -pengambilan bahan beracun
    -presbyacusis(hilang pendengaran disebabkan faktor tua)
  • keturunan
    -ibubapa pembawa gen dominan(pekak)
tanda-tanda :
  • kehilangan pendengaran teruk dan sangat teruk
  • tidak boleh mendengar bunyi pertuturan langsung
  • hanya mendengar bunyi kuat sahaja

No comments:

Post a Comment