Sunday 2 December 2012

bahasa isyarat 2

hai assalamualaikum.. hari tu saya dah janji nak letak video bahasa isyarat pulak kan. mungkin ada yang masih tak faham bila tengok gambar simbol bahasa isyarat. jom practise dengan video ni. sambil tengok, sambil buat ye.. haha.. baru la cepat faham.. jom layan.. zaaaaassssss!!!!!!!




setakat itu sahaja saya boleh berkongsi.. haha.. kalau saya jumpa video bahasa isyarat lagi, saya letak dekat blog ye.. :) byebye

Friday 30 November 2012

layan saja.. :)

saya cuma nak berkongsi lagu kesukaan saya.. dengar noh.. :) tajuk : untukmu teman


ni lagi satu.. haha.. lagu abang saya.. * perasan kejap * aku yang berdosa by shahir


Thursday 29 November 2012

Kelas Fotografi

hai.hai..hai.. Assalamualaikum and have a nice day everybody. :) hari ni saya nk cerita tentang kelas fotografi.. kami telah memilih sekitar DECTAR dan Pusat Islam UKM sebagai tempat sesi fotografi.. disebabkan saya x ada kamera, saya guna je lah kamera telefon cabuk saya ni.. huhu.. balik, saya edit2 sikit, hasil memuaskan la jugak bagi orang yang xreti bab-bab edit mengedit ni.. haha.. so, di bawah adalah beberapa gambar yang saya ambil dan edit.. watch out!!!!! :)









Thursday 22 November 2012

jom belajar bahasa isyarat :)

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.. hehe...

hari ini saya cuma nak ajak kawan2 semua, para follower blog saya untuk belajar bahasa isyarat.. kita belajar sama2 ok.. saya pon dalam proses belajar lagi bahasa isyarat ni.. hehe... saya ada letakkan gambar simbol bahasa isyarat untuk huruf dan nombor. kalau ada kelapangan, saya akan upload video belajar bahasa isyarat pulak ok.. hehe.. maaf jika ada kekurangan. :)





sekian, terima kasih.


.


Wednesday 14 November 2012

jenis-jenis kepekakan

terdapat sebanyak 3 jenis kepekakan iaitu :

  1. pekak konduktif
  2. pekak sensorineural
  3. pekak campur
Pekak konduktif

pekak konduktif ialah pekak di tahap ringan. jenis pekak ini melibatkan gangguan, halangan atau kerosakan di bahagian telinga luar dan telinga tengah. masalah pendengaran ini sering kali berlaku selepas kelahiran ( semasa dewasa).

antara punca pekak konduktif ialah :

  • halangan didalam saluran telinga luar
    -tahi telinga terlalu banyak(excessive wax)
    -sekatan benda asing(foreign bodies)
  • kemalangan
    -tekanan yang terlalu kuat (bunyi letupan)
    -jolokan benda keras/tajam ke gegendang
  • jangkitan
    -otitis externa
    :berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria
    :biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap dalam salur telinga

    -otitis media
    :salur eustachian tersumbat disebabkan oleh demam selsema, campak (measles), tonsilitis, jangkitan di hidung dan tekak

    -otosklerosis
    :ketumbuhan tetulang halus pada stapes
    :kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya ketumbuhan tulang disekeliling
Tanda-tanda :
  • kehilangan pendengaran ringan dan sederhana
  • boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan
  • mendengar suara sendiri dan orang lain melalui tulang (bone coduction)
  • menguatkan suara atau bunyi yang hendak didengar


Pekak Sensorineural (pekak saraf) :

pekak sensorineural berlaku apabila kerosakan berlaku di telinga dalam dan saraf pendengaran. Istilah sensorineural merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.

punca-punca :
  • semasa dalam kandungan :
    -rubella/ German measles kepada ibu yang mengandung pada 3bulan pertama
    -herpes simplex(penyakit kelamin), gonorrhea(penyakit kelamin perempuan),syphilis(penyakit kelamin lelaki)
    -pengambilan dadah
  • semasa kelahiran :
    -kurang berat badan
    -anoxia(kekurangan oksigen)
    -jaundice(demam kuning)
  • selepas kelahiran :
    -kemalangan teruk
    -meningitis
    -bunyi bising yang sangat kuat dan berterusan
    -pengambilan bahan beracun
    -presbyacusis(hilang pendengaran disebabkan faktor tua)
  • keturunan
    -ibubapa pembawa gen dominan(pekak)
tanda-tanda :
  • kehilangan pendengaran teruk dan sangat teruk
  • tidak boleh mendengar bunyi pertuturan langsung
  • hanya mendengar bunyi kuat sahaja

Tuesday 13 November 2012

perbezaan istilah dalam pendidikan khas

exceptional children :
differ from the norm

impairment :
the loss/ reduced function of a body or organ

disability :
exists when an impairment limits the ability to perform certain tasks 

handicap :
a problem encountered when interacting with the environment. not all children with disability are handicapped

at risk :
children who have a greater than usual chance of developing a disability.

Thursday 1 November 2012

Pendidikan Khas??

"Pendidikan Khas??? apa tu??? ooo... yang ajar budak-budak cacat tu erk?? Sanggup ke nak lap air liur budak-budak?eeeiii..geli la.. " itulah ayat pertama yang keluar dari mulut seseorang apabila saya membuat pilihan untuk menjadi bakal guru dalam bidang pendidikan khas. macam pelik je. kenapa orang pandang serong dekat pendidikan khas? satu je saya fikir. mungkin mereka tidak ada lagi ahli keluarga dari golongan OKU.
Jadi, sebagai bakal seorang guru pendidikan khas ( InsyaAllah), saya akan tulis sikit tentang apa sebenarnya pendidikan khas. mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pendidikan khas. mungkin juga ada yang hanya mengetahui sedikit sahaja tentang pendidikan khas.. 
pendidikan khas ialah satu program pengajaran yang direka berpandukan kepada ciri-ciri individu berpendidikan khas.Pendidikan Khas juga menyediakan peluang pembelajaran yang tidak terdapat dalam kurikulum biasa atau di sekolah biasa. Pendidikan Khas merupakan satu program yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal, dan emosi serta sosialnya yang mengalami perkembangan dan pertumbuhan yang tidak normal. 

siapa pula kanak-kanak khas? kanak-kanak khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak tipikal dari sudut perkembangan mental, keupayaan deria, perkembangan fizikal, tingkah laku sosial-emosi, kelemahan dalam motor halus dan kasar dan pelbagai lagi. 

setakat ini sahaja saya dapat berkongsi. nanti saya sambung ye... :)